"MATANG SUDAH PERJUANGAN BANGSAKU"

MUKADIMAH
Sambutan Perayaan 44 Tahun PSSCM adalah satu program yang dibentuk secara khusus bagi menyatukan ahli-ahli PSSCM seluruh Malaysia. Ia merupakan program tahunan yang perlu diadakan pada setiap tahun. PSSCM adalah sebuah organisasi yang begitu signifikan dalam pembentukan budaya Melayu yang sejati. Selaras dengan hasrat kerajaan iaitu pembentukan Modal Insan, maka PSSCM berhasrat untuk merealisasikan hasrat tersebut melalui Seni Silat Cekak Malaysia sebagai budaya Melayu yang berteraskan Islam.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi mengisi program ini adalah berteraskan konsep kebudayaan. Ia dapat dilihat melalui aspek pemakaian ahli-ahli, adat-istiadat konvokes

Tahun 2008 yang lalu telah menyaksikan bahawa PSSCM telah berupaya mengendalikan Program Perayaan 42 & 43 Tahun PSSCM dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memenuhi aktiviti perayaan tersebut yang dilaksanakan sepanjang tahun. Begitu juga dengan tahun-tahun yang berikutnya. PSSCM telah berjaya mengendalikan program-program perayaan dengan bantuan dari ahli-ahli seluruh Malaysia.

Sambutan pada kali ini yang bertemakan Budaya Penyatu Ummah bakal disertai seramai 2000 ahli dari seluruh Malaysia. Sambutan pada kali ini akan diisi oleh empat aktiviti utama iaitu Majlis Konvokesyen, Majlis Makan Malam Perdana, Mesyuarat Agu

Menyedari betapa pentingnya peranan budaya di dalam menyatukan Ummah, maka PSSCM sekali lagi pada tahun ini ingin menganjurkan Sambutan 44 Tahun PSSCM bagi memperkenalkan budaya Seni Silat seluas-luasnya kepada masyarakat Malaysia.
-(sumber laman web rasmi http://www.silatcekak.org.my/)
No comments:
Post a Comment