update

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA



( pusat latihan klang ) http://www.pusatlatihankelang.blogspot.com/



mailto:psscmplk@gmail.com



latest blog update : 01.06.2010 ( SELASA )



JAWATANKUASA (update)

ORGANISASI PENTADBIRAN PSSCMPLK 2009

KETUA PUSAT LATIHAN - SDR KHAIDZIR BIN GAZALEK.
PENYELIA - SDR ISA BIN SULAIMAN.
S/USAHA - SDR MOHD REDZA BIN SULAIMAN
BENDAHARI - SDRI ATHIKAH
PEMBANGUNAN INSAN - SDR ZUL MUTALIB

PERRSILATAN : SDR FAUZI
PEMBANGUNAN : SDR ZAINAL MAYASIN
KEAHLIAN : SDR ZAINAL MAYASIN
segala cadangan dan kritikan bolehlah diajukan terus kepada kami melalui :
psscmplk@gmail.com



RIANG RIA PLK 2009.....

Keadaan terbaru Y.M.G.U

Keadaan terbaru Y.M.G.U
- sumber : sapahabaq.blogspot.com -

USAH BERDUKA BANGSAKU.....

Betapa indahnya pepatah Melayu. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Tiada kalimah yang lebih tepat untuk menggambarkan rasa hati insan yang bakal kehilangan. Lebih memeritkan saat kehilangan itu disangka ilusi yang tiada kan pernah menjadi nyata.Namun, itulah jua hakikat hidup ini. Tiada akan pernah kekal bahagia manusia yang bahagia. Tiada akan pernah kekal sengsara manusia yang sengsara. Kekadang di atas, kekadang di bawah. Kekadang dekat, kekadang terlalu jauh amat. Dan saat itu tiada juga seorang manusiapun yang tahu akan kehadirannya. Kerna kita hanyalah manusia yang diciptakan, bukan pencipta. Kita hanya pelakon bukan pengarahnya. Biar apa sekalipun mahu si pelakon, tiada daya baginya melainkan dengan izin si pengarah. Yang pasti, walau apapun jalan ceritanya, si pelakon hanya perlu memainkan wataknya sahaja. Dan menanti akan kesudahan kisah dunia lakonannya....-BALAU (PLK)

Tuan Hj Ishak Bin Itam (guru & president psscm)

Tuan Hj Ishak Bin Itam (guru & president psscm)
Ucapan selamat dan iringan doa buat ayahnda tercinta dari kami seluruh warga psscmPLK,anaknda mendoakan kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan.

CERITA SEBENAR MENGENAI "SI AKU PENGANTI"

- KHABARAN DARI KOMANDEN (B) ROSLIZAN
- SURAT TERBUKA MEJAR (B) ANUAR AHMAD
- KISAH DARI RAKAN-RAKAN DI PLK
- KISAH 3 ABDUL (new version)

*fikir-fikirkan,bukan kekuatan yang kami tegakkan,cuma ingin mencari sedikit kebenaran*




Monday, November 1, 2010

ONE VOICE WITH PEACE......


HAPPY DEEPAVALI DAY AND HAPPY DIVALI
terimalah dengan hati yang ikhlas dari kami di PLK...
(1 MALAYSIA 1 SUARA TAPI .........mesti 1 tiada 2)

Sunday, June 27, 2010

Berbaju Serba Kuning

"Sayalah Panglima Berbaju Kuning "
( I follow you......)
Sedih benar hati,terasa benar hati ini mengelodak dan seolah dihiris belati tajam bila mendengarkan perkhabaran yang bangsa ku ini sekali lagi nya dijajah dan di rogol tanpa rela oleh hati-hati dari bangsanya sendiri yang mungkin dilindung hijabnya dari melihat kepada sebenar mulianya bangsa nya itu sendiri,dan yang lainnya mengaku umat bangsa jawi ini hanya mampu melihat hatta menepuk tangan tanda taat dan setia kepdanya,perkhabaran dijaja kesana kemari seolah menunjukan mereka lah sebenarnya pejuang bangsa yang benar setianya kepada anak bangsa,apa kah ini mainan dunia,tapi mengapa dan kenapa.Bukan tak disangka cuma telah diduga begini akhirnya pasti.

Kaduk naik junjung ”,adalah istilah biasa kudengarkan pada setiap penulisan sebelum ini,tapi sedalam manakah pemahaman rakan-rakan bangsaku didalam penghayatan mereka terhadap istilah ini,adakah pada mereka seperti ianya sebagai satu modal gurauan atau sekadar perbualan harian atau bagaimanakah persepsi mereka ini..

Sekali lagi bangsaku diratanah tubuhnya seolah mereka merelakan,mana perginya jiwa semangat sebenar pencinta bangsa ini,adakah sekadar di perjumpaan besar-besaran bergelodak semnagat jiwa jatinya itu atau ketika bersama melaungkan kalimat keramat “hidup melayu” atau ketika mengucup keris dibibir atau waktu bilakah,bermusimkah semangat itu sepatutnya?

Penyamun,penipu,perosak,pengkhinat,perampas,pembelot cukupkah laungan ini kita lontarkan pada mereka? Atau dengan cara apa lagi kita mungkin menasihati mereka?cukuplah ! “nasi sudah menjadi bubur”,lemang sudah terbakar”rendang sudah basi”

Maka mahkota si pemakai pakaian kuning lengkap bertanjak,bersampin songket sebilah keris tersemat di pinggang,singkap membelah luar dada nya,tak ubah seperti panglima melayu sejati masuk diiringi bentara-bentara dan para hulubalang-hulubalang sambil diikut rapat oleh kesetia yang bersama dan setia sepanjang masa,tiupan tetuang kerbau memberi tanda keberangkatan panglima, memecah kesunyian,tombak bersilang mula dibuka oleh pengawal diraja membuka jalan memberi izin kepada panglimanya,lagak sungguh bergaya segak tampan berupa panglima jalanya,menuju ke persada singgah sana sambil rakyat jelata bangun memberikan tunduk dan hormat kepada panglimanya,lading diiring segerak dengan makna,membawa yang tersirat kitab dan kekasihnya,menjadi daulat payung rujukan rakyat jelata,dipakai dengan syarat berpandukan syariat,berlabuhlah sipanglima disinggah sana menunjukan kedaulatan bangsa yang mulia ini penuh adab dan tatasusila.
namun sayang seribu kali sayang istiadat itu kini bukan dijunjung anak bangsa seperti biasa dan sepatutnya lagi dan bukan sebahagian dari hak mereka lagi.

Berpesan yang tua kepada simuda,
"jangan dipakai baju itu jika bukan hak kita yang punya,kerana cacat cela pasti ada.."

Lipatan sejarah.....
625M 3H
Peperangan Uhud - Nabi dengan musyrik Makkah. Kaum Muslimin mengalami kekalahan kerana tidak mentaati perintah Nabi agar jangan turun dari Bukit Rumah (Bukit Pemanah)

Peristiwa rombongan Abu Sufyan dipanggil oleh Gabenor Rom di Syam bertanyakan ehwal nabi. Gabenor tersebut hampir masuk Islam tetapi kemudiannya menarik balik hasratnya kerana malu kepada masyarakatnya.

625M 3H
Peristiwa orang munafik di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai menghasut 300 orang tentera Islam supaya jangan mengikut nabi berperang di Uhud.

26 JULAI 2010.
Bangsa melayu hilang pemilikan dan penguasaan terhadap bangsanya sendiri apabila dengan buta hati telah menyerahkan tampuk kepimpinan bangsa melayu itu sendiri kepada tangan orang bukan melayu untuk memimpin bangsa melayu.

Satu lagi tarikh yang mungkin akan berada didalam lipatan sejarah bangsa ini.

-BALAU 2010-

Tuesday, May 25, 2010

BANGSA INI MILIK MEREKA...

"jangan tergoda bintang di awan,
kalau terbitnya disiang hari,
jinak merpati makan ditangan,
kasih terkurung disangkar hati."

ermmm.... entahlah makin dikenang makin menyakitkan,makin diingat makin tertekan,bodoh sgt kah kau hey melayu,tunduk patuh mudah pada si saithu,agak-agak la jika bertanya anak cucu seksok mengenai sapa sebenarnya bangsa melayu nie,masalah jugak ya.hormat dan sopan telah hilang rasanya,kami menolak bukan kerana namanya saithu atau bangsanya semata,tetapi kami menolak kerana adabnya sudah tiada,terus menunjukan sebenar melayu itu harus dan wajib penuh dgn adat dan santunya,menjadi guru dan tauladan kepada anak bangsanya,takpalah mungkin si balaci dan anak kapalnya semua rasa mungkin selamat didalam bahtera kot,takpalah.

"Ditimbal dan terbalik menunjukan penyatuan roh dan jiwa pohon selamat sampai kesana,berikatnya sembilan kemas dalam genggaman kalam pemula 21 bilangan".

pasai 7hb punya YDP,apa sebenarnya yang hanpa nak cari di selangor ni,telaga minyak kah,atau kerana ekonominya kah atau sbb keling selalu mabuk suka minum sbb kilang araknya kah,kalau dari memula dulu cakap jer "aku kalau nak jadi NYDP tak mau tapi kalau jadi YDP aku mau",kami bukanlah dari golongan yang zalim,mungkin kami pertimbangkan benda nie,dah nampak dah,baik dari atas sampai ke bawah semua dok gila "harta dunia",orang macam nie nak pimpin anak cucu kita seksok,nauzubillah.pertemuan dua persepsi ini menghasut kearah kesesatan,melencong habis akidah anak adam,jahanam habis perutusan tuhan,porak peranda jadinya bertuan kekasih dunia ini.

Macam mana pusat pon boleh mengiktiraf jawatankuasa ini (7hb) ?

Sebelum itu arahan dari pusat mengadakan MAC seperti mana kebiasaanya walau bagai manapun dengan kuasa CS dan salinan kepada SUA mengenai pindaan telah dimajukan,termaktub dan jelas,

Persoalannya ?
-SUA tidak maklumkah mengenai pindaan tersebut
-AJK pusat sorang pon takder yang maklum ker mengenai perihal tersebut?
-jawatankuasa 7HB (kuang) tidak maklumkah mengenai perkara tersebut?
-Apa agenda sebenar MAC yang perlu dilakukan dalam setiap MAC sepertimana yang dikehendaki oleh PUSAT?-Penyata laporan S/U sepanjang tahun,laporan kewangan bendahari tahunan siapa yang bentangkan benda nie? (perkara wajib dalam setiap MAC)
-MAC boleh dikira tidak sah dan terbatal sekiranya tidak melakukan arahan tersebut.sah atau tidak MAC 7 HB TUE?
-“Peralihan Kuasa” perkara biasa dalam sesuatau pentadbiran dan mana –mana persatuan,jika dilihat tahun ini bukan untuk pemilihan jawatankuasa kerana pemilihan jawatankuasa hanya berlaku 2 tahun sekali,walau bagai manapun peralihan kuasa boleh berlaku jika ada resolusi “tak percaya” dan menyatakan petisyen kepada CAWANGAN dan mesyuarat agung luar biasa dan undi tidak percaya perlu diadakan oleh pihak cawangan atas permintaan korum,walau bagaimanapon perkara ini tidak berlaku,kenapa?

Dok ludah muka sendiri kot depa nie,pasai apa? Buat tak tau jer ker,takan hangpa summer tak nampak atau pura-pura buat2 tak nampak,tak dengar ker tau pura-pura jadi pekak,apa sebenarnya yang dicari?

AWAS KALIAN !


Jika kebenaran pada kami ditetapkan,
Kami tetap akan tuntut,jika tidak disini kami bawak dihadapan tuhan kelak,aku bersaksikan segala yang melihat,satu per satu aku bongkarkan dan aku pertanggungjawabkan dihadapan tuhan kelak,awas kalian,tika itu cuba lah lari dari kebenaran,cuba la pusingkan kebenaran ini,yang jelas jika kesudahan tidak kami capai disini akan kami heret sorang demi sorang ke hadapan tuhan,ya allah orang inilah yang berlaku khianat keatas kami didunia,penyebab terputus nya hubungan kami sesaudara,penyebab retaknya hubungan hati penghakis kasih dan sayang kami sesama insan seugama,pemutus perjuangan kekasih mu ya allah.Masa tu cubalah berlutut pada kebenaran rekaan yang disembahkan suatu ketika dahulu,cubalah.akan aku haramkan keturunan dan waris zuriatku memiliki ilmu pusaka ini jika bukan dari yang haknya,dan bukan dari muallim nya,kerana,

”bangsa ini milik mereka”


Friday, April 9, 2010

HUBUNGAN PEMIMPIN DAN NERAKA ALLAH S.W.T

Semasa zaman pemerintahan Amirul Mukminin Saidina Umar Al Faruq, beliau pernah meminta pandangan dan nasihat dari kalangan para sahabat tentang pemerintahan beliau. Seorang sahabat bangkit dan berkata “ wahai Amirul Mukminin ingatlah bahawasanya jawatan dan pangkat yang disandang oleh mu adalah satu bentuk UJIAN dari ALLAH SWT”. “Dan ketahuilah oleh mu bahawa sekiranya tersesatnya seekor kambing di bumi arab ini maka kamu yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan tuhan kelak”.Apabila Amirul Mukminin Umar Al-Faruq mendengar nasihat daripada sahabat tersebut lalu beliau menjadi takut dan menangis teresak-esak memikirkan besarnya tanggungjawab yang akan dipikul dan digalas di mahkamah Allah kelak.………………
P/S : waktu dan tika itu mereka amat gentar dan amat takut pabila dilantik sebagai pemimpin apakan daya tanggungjawab perlu dilunaskan dan anggapan jihad dan jaminan syurga oleh kekasihnya direct disampaikan,akan tapi berbeda pada tika dan waktu kini yang keadaannya bertukar sebaliknya,ramai manusia semakin gila dan bangga dgn nya,ingatlah ,kepimpinan yang sengaja di jahanamkan maka dia menempah neraka allah s.w.t pengikut yang tahu asal kempimpinan dan hanya memekakkan kebatilan itu tanpa menyuarakan juga adalah sebahagian penempah neraka allah.ya allah kau selamatkan la keturunan ku dari tipu helah firaun dan dajjal dunia ini amin.Dengan kata lain jugalah disini penulis boleh mengatakan dan rasanya tidak keterlaluan mengatakan bahawa keakraban pemimpin dengan neraka allah sgt akrab akan tetapi tidak lupa juga hubungan nya dengan syurga allah yang juga terbentang luas jalanya menuju kesana bagi mereka yang benar dan bersungguh
"BERNAFAS DIDALAM JIWA HAMBA"

Monday, March 8, 2010

Ketua monyet.....

si ketua dan monyet-monyetnya....
Kurun ke 14, cerita pendek dari negara China oleh Liu-Ji. Di zaman feudal, dalam negeri Chu seorang lelaki tua dapat hidup dengan mengekalkan banyak monyet jagaannya agar sentiasa berkhidmat kepadanya. Orang-orang di negeri Chu itu memanggilnya, Ju Gong iaitu Ketua Monyet atau Penjaga Monyet.
Setiap pagi, lelaki tua itu akan mengumpulkan semua monyet tadi di laman rumahnya, dan mengarahkan monyet yang paling untuk mengetuai yang lainnya menuju ke gunung bagi mengutip buah daripada belukar dan dahan-dahan pokok. Di sana ada peraturan bahawa setiap monyet itu, satu per sepuluh (1/10) daripada kutipan akan diserahkan kepada orang tua tersebut. Kepada yang gagal untuk berbuat demikian, akan dipukul dengan kuat. Semua monyet itu selalu terkena begitu dan takut, tapi tak berani menentang.
Satu hari, seekor monyet bertanya kepada monyet yang lain: “Adakah lelaki tua itu yang menanam semua pokok buah dan belukar itu?” Monyet yang lain menjawab: “Tidak, semuanya tumbuh membesar semulajadi.” Monyet kecil tadi bertanya lagi: “Tak bolehkah kita ambil buah ini tanpa kebenaran lelaki tua itu?” Yang lain membalas: “Boleh, kita semua boleh.” Monyet itu menyambung: “Habis tu, mengapa kita masih bekerja dan berkhidmat untuk lelaki tua itu?”
Sebelum monyet kecil itu sempat menghabiskan ayat terakhirnya itu, semua monyet yang mendengar bagaikan diberi pencerahan ‘minda’ dan bangkit dari lena.
Malam yang sama juga, melihatkan lelaki tua tadi sudah nyenyak tidur. Semua monyet telah berpakat mengambil kesemua buah yang telah mereka kutip selama ini. Monyet-monyet itu masuk ke dalam belukar dan tidak pernah lagi. Akhirnya lelaki tua itu mati kelaparan.
Liu Ji berkata, “Sesetengah manusia di dunia ini memerintah orangnya dengan menipu dan helah dan orang itu tidak pula mempunyai prinsip yang mulia. Tidakkah mereka yang seperti itu lagak seperti Ketua Monyet tadi? Mereka tidak sedar akan kekeliruan dan kebodohan mereka. Apabila orang yang dipimpin (rakyat) itu sedar dan bangkit, segala helah dan penipuan mereka takkan berguna lagi.”

kemudian diingatkan pula kepada kita dan di ceritakan suatu pesan mengenai pemimpin.

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Ketika dalam perjalanan kita disuruh berhati-hati di jalan raya. Hadis-hadis pula menyuruh umatnya berhati-hati ketika memilih pasangan hidup serta kawan. Maka dalam konteks memilih pemimpin ia sudah pasti lebih dituntut lagi kerana isunya adalah lebih besar dan kesannya lebih meluas.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 124, Allah berfirman, "Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia'. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.' (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim'." Ayat ini menunjukkan pemimpin tidak boleh dilantik secara sembarangan. Sehubungan dengan ini Imam Qartubi dalam Al-Jamik li Ahkamil Quran berkata, "Ayat ini (iaitu al-Baqarah ayat 124) merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia.....Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin".

Tuesday, November 24, 2009

BUKAN MEMINTA UNTUK MEMIMPIN.........

Pemimpin memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat dan negara. Kebijaksanaan pemimpin sebagaimana Nabi Muhammad SAW berjaya meletakkan Islam di puncak kemasyhuran.Sebab itu, Allah berfirman yang maksudnya: Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan kepada ulil amri (orang yang berkuasa) di kalangan kamu...(an-Nisaa’: 59).Namun, ketaatan yang dituntut itu bukanlah semberono sebaliknya ia perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Islam.Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Pensyarah Kanan Rancangan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Atikullah Abdullah bagi mengupas isu ini.Mega: Dalam sebuah hadis, Rasullullah bersabda, Setiap daripada kita adalah pemimpin dan akan disoal akan kepimpinan masing-masing. Apakah huraian lanjut hadis ini?DR. ATIKULLAH: Ini merupakan maksud sebuah hadis sahih yang sebenarnya lebih panjang seperti mana yang diriwayatkan dalam al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad.Menurut Imam Nawawi dalam Sharh Muslimnya, perkataan al-ra’i dalam hadis ini bermaksud pemimpin atau pemelihara yang diberikan amanah dan tegas dalam menjalankan amanahnya sebaik mungkin bagi memastikan kebaikan, keselamatan dan kesejahteraan apa yang diamanahkan kepadanya sama ada dari segi kehidupan keduniaan dan keagamaan atau keakhiratan dan lain-lain perkara yang bersangkutan dengan kedua-duanya.Dalam hadis ini, Rasulullah memperincikan lagi iaitu imam atau pemimpin itu bertanggungjawab di atas kebajikan rakyat yang dipimpinnya, seseorang lelaki itu bertanggungjawab keatas ahli keluarga yang berada di bawah tanggungannya, isteri bertanggungjawab ke atas keselamatan rumah tangga suaminya, khadam bertanggungjawab atas keselamatan harta tuannya.Ertinya, setiap dari kita yang mukalaf mempunyai tanggungjawab, kecil atau besar yang mesti dipikul sebaik mungkin dan kita akan dipersoalkan oleh Allah tentang amanah yang dipikul ini, sama ada kita menunaikannya atau tidak.Secara ringkasnya ada tiga perkara yang dapat difahami. Pertama, tanggungjawab memikul amanah sebagai pemimpin pada semua peringkat pimpinan. Kedua, kewajipan memimpin dengan baik ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat. Ketiga, tanggungjawab ini akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak sama ada telah ditunaikan dengan baik atau sebaliknya.Pada zaman para sahabat, tidak ada yang menawarkan diri untuk menjadi pemimpin. Bagaimanapun, dewasa ini terdapat semacam ‘perlumbaan’ untuk menawarkan diri sebagai pemimpin. Apakah konsep kepimpinan dalam Islam?DR. ATIKULLAH: Kepimpinan dalam Islam dikenali sebagai khilafah atau imamah manakala pemimpin pula disebut sebagai khalifah atau imam.Menurut Imam al-Mawardi dalam kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah, khalifah ini secara ringkasnya bermaksud orang yang mengganti, iaitu orang yang mengganti Rasulullah SAW sebagai pemimpin bagi menjaga, mengembangkan dan memajukan agama dan mentadbir dunia dengan hukum-hakam agama.Jadi kalau Rasulullah SAW menjalankan tugasnya sebagai pendakwah yang mengajak manusia ke arah jalan Allah, Rasulullah SAW menjalankan tugasnya sebagai pemerintah yang memerintah ke arah kebaikan dan ketakwaan dan mencegah kemungkaran dan kemaksiatan.Baginda SAW menjalankan tugasnya bagi menjamin keadilan, kesejahteraan dan keharmonian umatnya di dunia dan akhirat. Maka mana-mana khalifah, imam atau pemimpin selepas itu berkewajipan juga memikul dan menjalankan semua tugas yang telah dijalankan oleh Rasulullah SAW kerana mereka merupakan pengganti baginda dalam menjalan kewajipan-kewajipan tersebut.Sejauh mana mereka telah jalankan tugas-tugas tersebutlah yang akan ditanya oleh Allah nanti di akhirat kelak. Jadi sebab itulah para sahabat dan generasi Islam silam gerun untuk memikul tanggungjawab ini, kerana ia sangat besar. Seolah-olah memikul tugas yang telah dipikul oleh baginda Rasulullah SAW sendiri.Bagaimanapun ini tidak pula bermakna setiap orang mesti mengelakkan diri daripada tanggungjawab ini. Jika dibiarkan tampuk kepimpinan berada di tangan orang yang tidak layak untuk memikulnya, maka pelbagai kezaliman, kerosakan, kemungkaran dan kemusnahan terhadap agama dan keselamatan hidup masyarakat akan berlaku. Maka dengan itu al-Mawardi menyatakan kepimpinan ini merupakan satu fardu kifayah.Jika ia tidak dipikul oleh orang yang layak, maka semua masyarakat tersebut berdosa, dan jika telah dipikul oleh seseorang yang benar-benar layak dan mampu menunaikan amanahnya sebaik mungkin, maka semua ahli masyarakat bebas dari dosa tersebut.Dengan itu, wajib bagi individu yang layak untuk memilih (ahl al-ikhtiyar) memastikan bahawa mereka memilih dan melantik pemimpin yang berkelayakan untuk memikul amanah tersebut dan haram bagi mereka melantik seseorang yang diketahui tiada kelayakan dan keupayaan.Individu yang mempunyai keahlian atau kelayakan untuk memikul amanah kepimpinan tersebut pula wajib menerimanya apabila ia telah dilantik.Apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi seseorang untuk menjadi pemimpin?DR. ATIKULLAH: Bercakap tentang ciri-ciri pemimpin yang berkeupayaan untuk memikul amanah ini, secara umumnya ialah ia mempunyai kelayakan. Kelayakan ini pula boleh diukur dari pelbagai aspek.Menurut Ibn Taymiyyah, kelayakan ini diukur daripada segi amanah dan kekuatan. Yang pertama, kelayakan dari segi akhlak iaitu amanah. Pemimpin yang hendak dipilih dan dilantik mestilah orang yang diketahui mempunyai akhlak yang baik sama ada akhlak kepada Allah, kepada manusia dan akhlak kepada alam seluruhnya.Orang yang berakhlak baik dengan Allah akan menjalankan pemerintahannya dengan penuh amanah seperti mana yang dikehendaki oleh Allah.Jika ia menjalankan pemerintahan dengan penuh amanah seperti yang dikehendaki oleh Allah, maka hasilnya ialah kebahagiaan rakyat pimpinannya juga.Orang yang berakhlak sesama manusia akan membawa kebahagiaan dan keharmonian di dunia dan akhirat kepada rakyat di bawah pimpinannya dan orang yang berakhlak dengan alam akan membawa keseimbangan alam yang seterusnya menjamin kualiti hidup yang baik dan tinggi.Yang kedua ialah kelayakan dari segi kekuatan, sama ada kekuatan fizikal, spiritual, intelektual dan emosional. Bagaimanapun dalam era sekarang, kekuatan spiritual, intelektual dan emosional sangat penting kerana cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam sekarang lebih bersifat cabaran kerohanian dan intelektual.Maka pemimpin yang hendak dilantik mestilah bersedia menyahut cabaran-cabaran tersebut dan memastikan Islam, umat Islam dan rakyat yang dipimpinnya keluar sebagai pemenang dalam semua cabaran dan persaingan yang dihadapinya.Kedua-dua ciri ini iaitu amanah dan kekuatan ini mestilah dimiliki secara serentak. Tidak memadai pemimpin yang hanya mempunyai amanah dan akhlak yang tinggi tetapi fikirannya kurang cerdas dan kurang bijaksana. Ia mudah ditipu oleh musuh dan tidak mampu memakmurkan rakyatnya.Begitu juga tidak memadai pemimpin yang kuat fizikal dan intelektualnya serta bijaksana, tetapi tidak amanah dan tidak boleh dipercayai. Ia akan merosakkan negara dan rakyatnya dengan tangan dan kebijaksanaannya sendiri.Pemimpin yang adil dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Apakah pula hukuman yang menanti pemimpin yang korup dan khianat?DR. ATIKULLAH: Jika menjalankan pemerintahan secara adil itu wajib dan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT, maka sebaliknya menjalankan pemerintahan secara zalim, khianat dan korup itu pula adalah haram dan ditimpakan dosa oleh Allah SWT.Ini kerana seperti yang disebutkan tadi bahawa pemimpin itu merupakan satu amanah menggantikan Rasul dalam menjalankan tugas memajukan agama dan mentadbir dunia berdasarkan hukum hakam agama.Maka pemimpin yang berjaya memikul amanah ini dengan baik, maka kedudukannya sangat tinggi di sisi Allah dan ganjarannya sangat besar.Ini kerana ia telah berusaha kuat sehingga berjaya memikul beban amanah yang sangat berat. Ganjaran pahala Allah diberikan mengikut amalan hamba-Nya. Firman Allah yang bermaksud: Dan tiada (habuan) bagi manusia itu melainkan apa yang ia usahakan. (al-Najm: 39).Besarnya ganjaran pemimpin yang memimpin dengan adil dan amanah ini dapat dilihat dalam sebuah hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW menyebutkan antara tujuh golongan yang mendapat teduhan dan naungan dari Allah pada hari yang tiada naungan nanti ialah pemimpin yang adil.Ini merupakan satu pengiktirafan yang tinggi dan ganjaran yang besar kerana berjaya memikul tugas dan amanah yang amat berat.Sebaliknya, jika ia mengkhianati amanah ini dengan bersikap zalim, korup, khianat, pilih kasih dan sebagainya maka dosa dan balasan yang dipikulkannya juga amat besar dan pedih. Sikap khianat, korup, pilih kasih dan sebagainya ini sebahagiannya berpunca dari tanggapan yang salah tentang konsep kepimpinan itu sendiri.Sebahagian pemimpin kelihatan seolah-olah menganggap bahawa kepimpinan yang diperolehinya itu merupakan satu anugerah kepadanya yang diberikan Allah hasil kerja keras dan kebijaksanaannya sendiri. Dengan itu ia boleh membuat apa sahaja dengan anugerah tersebut.Walhal kepimpinan itu merupakan satu amanah dan ujian dari Allah. Ramai orang yang mampu menghadapi ujian kemiskinan dan kekalahan tetapi lupa diri dan hilang panduan apabila diuji dengan kekayaan dan kemenangan.Apakah konsep adil yang perlu ada di kalangan pemimpin dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia?DR. ATIKULLAH: Adil seperti yang diketahui bererti meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Adil dalam pemerintahan bererti memerintah mengikut kehendak dan ketentuan Allah berdasarkan petunjuk wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah.Ini kerana wahyu Allah itu tempatnya sebagai petunjuk. Maka menjadikan wahyu sebagai petunjuk dan panduan dalam pemerintahan bererti meletakan sesuatu kena pada tempatnya, dan inilah keadilan.Berlaku adil kepada masyarakat bukan Islam merupakan satu peruntukan yang diberikan oleh al-Quran kepada pemerintah Islam seperti firman-Nya yang bermaksud: Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak menghalau kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (al-Mumtahanah: CoolDalam sebuah negara berbilang kaum seperti di negara ini perlaksanaan konsep adil itu mestilah dijelmakan dalam pelbagai bentuk dan cara. Ini kerana adil seperti yang telah seringkali disebutkan bahawa ia bermaksud meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Setiap rakyat mestilah dijamin hak mereka yang sepatutnya mereka terima tanpa mengira bangsa dan agama selagi mereka kekal taat dan tidak mengkhianati negara.AdilMemberikan hak kepada mereka dalam perkara-perkara yang menjadi hak mereka adalah kena pada tempatnya dan ia merupakan sesuatu yang adil. Ini ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam Perlembagaan Madinah atau Sahifah Madinah yang dirangka oleh baginda bagi mengatur bentuk hubungan antara masyarakat Islam Madinah dengan golongan bukan Islam sekitar Madinah.Selagi mereka membayar cukai dan menunaikan kewajipan sebagai rakyat dan warga negara, maka hak-hak kewarganegaraan yang sepatutnya diperolehi oleh mereka perlu ditunaikan, seperti hak bantuan kemiskinan, pendidikan, jaminan keselamatan, kebebasan beragama dan berbudaya, kebebasan bekerja dan mencari nafkah, tempat tinggal dan lain-lain.Diriwayatkan dalam Abu Dawud dan al-Bayhaqi bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "sesiapa yang menganiayai atau mengurangkan hak atau membebankan sesuatu bebanan di luar batasan kemampuan atau mengambil sesuatu dari orang bukan Islam yang mempunyai perjanjian taat setia, maka aku menjadi hujah atas dirinya pada hari kiamat".Ini bermakna layanan kepada rakyat dalam sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, tidak boleh dilakukan berasaskan perbezaan warna kulit, bahasa maupun agama, tetapi ia mestilah berasaskan hak dan tanggungjawab.Selagi seseorang menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat yang taat dan tidak mengkhianati, maka kerajaan mestilah menunaikan hak yang menjadi haknya dan begitu juga, selagi kerajaan menunaikan tanggungjawabnya memerintah secara adil, saksama dan telus maka rakyat mestilah menunaikan hak kepada kerajaan iaitu mentaatinya. Begitu juga sebaliknya.Tugas amar makruf nahyu munkar itu tugas semua Muslim. Tetapi ia lebih mudah jika ia bermula dari pemimpin. Namun, adakalanya di pihak pemimpin yang tidak mahu mencegah kemungkaran. Bagaimana membetulkan situasi ini?DR. ATIKULLAH: Salah satu dari tugas manusia khususnya seseorang Islam ialah menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran dan sebagai pemimpin ia berkewajipan memerintah kearah kebaikan dan menghalang kemungkaran.Ini dapat difahami dari banyak hadis dan ayat-ayat yang sering dibacakan. Selain dari ahli masyarakat, tugas dan kewajipan ini lebih berkesan jika dilakukan oleh pemerintah sendiri dengan kerjasama dan sokongan ahli masyarakat. Sebabnya, pemerintah mempunyai segala prasarana dan jentera ke arah melaksanakan tugas ini secara sepadu dan menyeluruh sama ada melalui sistem perundangan, kehakiman, sistem pendidikan, sistem penerangan, media massa dan sebagainya.Selain itu, pemimpin juga sering dilihat dan dicontohi oleh ahli-ahli masyarakat khususnya anak-anak remaja. Sedangkan golongan ulama, pendakwah dan ahli-ahli masyarakat biasa sekadar hanya mempunyai suara memperingatkan dan melarang sesuatu munkar atau menyeru sesuatu yang baik.Maka keberkesanannya mungkin kurang dan tidak merata. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "manusia itu mengikut agama raja atau pemimpin mereka". Ertinya jika baik pemimpin maka besar kemungkinan rakyatnya juga lambat laun akan bergerak menjadi baik, begitulah sebaliknya.Hakikat ini disokong oleh kata-kata Saidina Uthman ibn ‘Affan yang bermaksud: "Allah SWT akan mengubah dengan kuasa sultan apa yang Allah tidak ubah dengan al-Quran".Diriwayatkan juga bahawa Fudhail Ibn ‘Iyad pernah menyatakan, "jika ada bagi aku satu doa yang mustajab, nescaya aku akan berdoa bagi sultan (supaya ia mendapat hidayat dan memerintah dengan baik) kerana seseorang pemimpin yang baik itu akan membawa kabaikan kepada banyak orang yang lain pula".Dalam konteks budaya masyarakat Melayu, riwayat-riwayat tersebut sangat tepat kerana orang Melayu dikenali taat kepada pemimpin dan mudah mengikut apabila sesuatu itu ditunjukkan kepada mereka berulang kali.Umpamanya apabila Parameswara menerima Islam, maka semua pembesar dan rakyat Melaka pada waktu itu turut menerima Islam. Sebaliknya jika pemimpin seringkali menonjolkan budaya dan akhlak yang tidak baik, lambat laun masyarakat bawahan juga akan terikut-ikut dengan amalan buruk tersebut.Oleh itu, pemimpin yang bertanggungjawab dan amanah mesti menjalankan amanahnya dalam menjalan tugas amar makruf dan nahi munkar ini. Jika ia tidak menjalankan amanah ini maka kebajikan masyarakatnya dari segi akhlak dan kehidupan beragama terancam dan merbahaya.Jika pemimpin membenarkan masyarakat pimpinannya berada dalam bahaya dan ancaman, bererti dia telah mengkhianati amanahnya. Masyarakat tidak boleh meredai suasana bahaya dan ancaman akhlak dan akidah menimpa mereka.Dalam masyarakat yang mengamalkan system demokrasi rakyat mestilah menjalankan kewajipan mereka memastikan pemimpin yang dilantik benar-benar mampu memikul amanah ini supaya kebajikan dan kepentingan masyarakat dunia dan akhirat terpelihara. Jika ia tidak mampu maka ia mesti digantikan dengan orang lain. Jika tidak, seluruh rakyat hidup dalam keadaan berdosa.
- Utusan Malaysia

Sunday, November 22, 2009

"MELAYU BANGSA KHALIFAH"





Besar kemungkinan Melayu berasal dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. sementara orang China berasal dari Sin bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. Melayu berasal dari orang Hitti (Hittites) atau juga digelar Hatti, Chatti, Khitai, Cathay. Orang Hitti digolongkan sebagai oleh Barat sebagai Mongoloid yang merupakan sebahagian dari asal-usul bangsa China itu sendiri. Bangsa Melayu ada 1,368 bahasa, China-Tibet 403 ada bahasa. Banyaknya bahasa Rumpun Melayu menjadikannya ia bangsa kedua paling banyak bahasa selepas bahasa Niger-Congo berjumlah 1,514 bahasa. Sebenarnya bahasa rumpun Melayu lebih banyak dari bahasa Rumpun China, sekaligus menolak kemungkinan bahawa Melayu berasal dari bangsa China.
Boleh diterima pendapat bahawa Melayu telah ada di Nusantara sejak selepas taufan Nuh a.s. (4,000 tahun lampau). Mereka berkembang biak, terutamanya di kawasan banjaran Himalaya dan Kemboja. Kemudian Ibrahim a.s. berkahwin dengan Keturah (isteri ketiga). Kemungkinan Keturah dari bangsa Melayu (Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani tidak tahu asal usul bangsa Keturah) dan melahirkan 6 orang anak yang mungkin kesemuanya menetap di Nusantara ini (Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani mengatakan bahawa 6 anak Ibrahim a.s. ini berada di tempat yang ‘amat jauh’ – di sebelah Timur).
Kemungkinan mengapa asal-usul Melayu dianggap misteri ialah kerana Melayu itu ada dua kelompok dimana kelompok pertama lebih gelap kulitnya dan kerinting sementara kelompok kedua cerah dan berambut lurus. Kelompok pertama inilah orang Hitti dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. Kelompok kedua dari keturunan Ibrahim a.s. (ini berdasarkan pendapat Ibnu Athir ahli sejarah Islam) apabila baginda mengahwini Keturah yang besar kemungkinannya berbangsa Melayu (ini berdasarkan cerita bahawa Nabi Ibrahim pernah ke Kemboja dan berkahwin di sana). Kelompok kedua inilah yang menjadi Melayu Induk pada zaman ini dan boleh dikatakan semuanya beragama Islam. Kelompok pertama itu biasanya digelar Rumpun Melayu dan mereka ini biasanya digelar Kaum Asli (aborigines atau natives) dan inilah yang menduduki Melanesia, Polynesia, Madagaskar, Hawaii hatta hingga benua Amerika.
Rupa bangsa Hitti (Funan atau Cathay) yang asal itu dikatakan memang gelap kulitnya, kerinting rambutnya, bibirnya agak tebal, hidungnya agak pesek dan besar, agak rendah, pelipis, misai dan janggut kaum lelakinya jarang-jarang atau tidak ada langsung. Bangsa Melayu-Deutro agak berbeza, kulitnya agak cerah, rambutnya lurus atau ikal mayang, tubuhnya lebih tinggi, lelakinya ada pelipis, misai dan janggut tapi masih nipis juga. Ada catatan menyatakan ini hasil dari kahwin campur. Pertamanya kerana Nabi Ibrahim a.s. berkahwin dengan Keturah, kedua kerana kahwin campur dengan orang-orang Yunan dan Taiwan (Pekan).
Apakah jatidiri sebenar orang Melayu? Dari pelbagai rujukan saya dapati bahawa bangsa Melayu dikenali sebagai bangsa yang patuh pada suruhan agama (monotheist - percaya keesaan Allah – Sang Hyang Tunggal atau Dewata Mulia Raya), dan kerana itulah mereka menjadi bangsa yang hebat. Ini sebenarnya adalah syariat Nuh a.s. dan syariat Ibrahim a.s. dan saya percaya orang Melayu adalah antara bangsa yang paling patuh kepada syariat ini. Ini mungkin menjadi sebab mengapa Melayu di Nusantara dapat diIslamkan dalam tempoh 60 tahun saja. Maka saya berpendapat bahawa jatidiri Melayu adalah pada agama yang dianutinya (Islam) sejak zaman Nuh a.s. lagi. Ianya ada mengalir dalam darah mereka, iaitu darah Nuh a.s., Ibrahim Khalilullah dan Keturah.
Berikut adalah pendapat saya mengenai jatidiri Melayu yang mengalir dalam darah mereka. Ciri sabar, belas kasihan dan bersyukur diwarisi dari Nuh a.s. Ciri penjelajah dan pedagang diwarisi dari darah Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. (bangsa Kanaan amat terkenal sebagai pedagang). Ciri menegur cara baik, patuh pada suruhan Allah, suka mengkaji, minda kritis, berhujah, rajin bertanya dan ingin tahu, berani dan ikhlas diwarisi dari darah Ibrahim a.s. Ciri toleransi, hospitaliti, lemah lembut, manis muka, berbudi bahasa dan kesopanan tinggi diwarisi dari Keturah. Saya mencatat ini berdasarkan kepada beberapa sumber rujukan terutamanya dari kisah Rasul dalam Al-Qur’an.
Dua ciri yang dianggap negatif pada orang Melayu ialah amok dan latah. Saya berpendapat bahawa amok berpunca dari sifat sabar dan suka mengalah. Latah pula berpunca dari ikhlas dan kepatuhan yang tinggi. Saya tolak pendapat yang melabel orang Melayu sebagai malas. Rajin tidak boleh diertikan sebagai rajin mencari wang semata-mata.
Dapat dilihat bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang paling bersopan dan berbudi pekerti tinggi berbanding bangsa lain (yang selalunya ‘kasar’ dan ‘kurang ajar’ dari perspektif orang Melayu). Saya melihat bahawa ciri inilah yang menyebabkan Melayu mudah menyesuaikan diri dengan situasi baru dan tempat baru (dulu mereka suka berpindah randah) dan baik hati serta suka menolong oranglain (ini adalah antara ciri-ciri syariat Nuh a.s. dan Ibrahim a.s.) Dari sudut ilmiah, ciri-ciri Melayu ini banyak dicatat oleh para sarjana. Pendek kata, budi pekerti yang diamalkan oleh orang Melayu (hingga kepada adat beralas tangan) adalah dari didikan agama sejak zaman silam dan ia berasal dari nilai-nilai Islam (syariat Nuh a.s dan Ibrahim a.s.).
Apabila membicarakan jatidiri Melayu, pada saya tidak cukup untuk menyatakan bahawa Melayu dulu hebat dari segi penjelajahan, penjajahan dan perdagangan, tapi juga dari segi kepatuhan kepada suruhan agama yang dianuti dan sanggup berkorban kerana agama. Lihat Candi Borobudur lambang keagungan kerajaan Sri Vijaya dan Angkor-Wat di Kemboja (mungkin Buddha itu salah seorang dari 313 Rasul yang diutus, dalam Al-Qur’an diceritakan 25 orang Rasul saja, kebanyakannya diutus kepada Bani Israel). Dan patut juga diselitkan bahawa Melayu itu mewarisi darah Nuh, Ibrahim dan Keturah dan tentunya ciri-ciri hebat yang ada pada mereka.
Dari segi mengapa orang Melayu merantau hingga 60% muka bumi meredah lautan, saya mendapati dari catatan sarjana antara puncanya ialah kerana diserang oleh orang Khmer (lihat saja bagaimana Khmer-Rouge melakukan penghapusan etnik di Kemboja). Dalam ertikata lain, antara sebabnya bukanlah kerana berdagang atau menjelajah tapi mengelakkan pertumpahan darah. Sebab itulah mereka tinggal menetap di tempat yang baru ini. Mereka yang melarikan diri ini adalah dari golongan bangsawan bersama pengikut setianya yang kemudiannya menubuhkan kerajaan baru di bumi yang baru. Kemudiannya mereka inilah yang menjadi golongan pedagang.
Renungan:Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. (Ghafir 040:21).Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi. (An-Nur 024:10)
sumber : ibn yusoff..

Penyakit "AKU HEBAT"

Saya membaca artikel ini daripada tabloid Harian Metro, Ahad semalam. Menghalusi artikel ini menjadikan ianya tidak lari dari tajuk perbincangan yang pertama di dalam kitab Hikam Ibnu Athaillah Al Askandari.Dalam posting kali ini, saya tidak mahu mengulas panjang, sekadar memanjangkan buah tangan tulisan Ustaz Zaharuddin untuk renungan kita bersama. Tokku pernah berpesan bahawa sifat "aku" tidak boleh di aplikasikan dalam kehidupan kerana ianya mewarisi 2 sifat keakuan yang berbeza."Aku" yang pertama ialah sifat ananiyah syaitan yang mana syaitan telah mengaku tiada yang lebih hebat melainkan dia. Keengganan syaitan sujud kepada Nabi Adam adalah kerana keegoaan sifat "aku" yang menyatakan dia lebih mulia dari adam kerana adam dari tanah dan dia dari api."Aku" yang kedua sifat keakuan yang datang dari sifat ketuhanan. Manusia selaku hamba diharamkan untuk menggunakan gelaran "aku" seumpama ini kerana ianya merupakan syirik yang besar dan menyesatkan. Inilah yang telah berlaku kepada Firaun apabila menyebut "Akulah tuhan sekelian kamu yang paling tinggi".Petikan dari Harian Metro :CABARAN dan ujian datang dalam pelbagai bentuk. Bagi yang beramal, ia datang dalam bentuk yang tersorok dan mengelirukan niat dan berasakan keagungan diri adalah pemusnah amal baik yang diusahakan.Nabi SAW bersabda, ertinya: "Tiga pemusnah (amalan) ialah kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan berasa agung dan hebat dengan diri." (Riwayat al-Bazzar dan at-Tabrani, Hadis Hasan: Albani)Ada manusia yang terdetik di sudut hatinya: "Aku hebat, aku sentiasa solat berjemaah di masjid."Padahal dia lupa ada yang serupa dengannya, malah jauh lebih khusyuk solatnya dan hatinya tawaduk. Sedarkah kita walaupun kita sentiasa ke masjid, namun biasanya mesti ada yang berjaya mendahului kita ke masjid itu.Mungkin sekali sekala kita yang terawal, namun dalam banyak keadaan lain kita bukan yang terawal. Malah, yang terawal sekalipun belum tentu yang paling berkualiti di sisi Allah SWT.Ada yang terdetik: "Aku hebat kerana berani dan berjuang untuk Islam," sedangkan dia lupa ramai lagi yang lebih lama berjuang daripadanya, malah ada yang terkorban. Jauh lebih berani daripada dirinya.Dahsyatnya aku, sibuk betul. Lagi detikan hati: "Nampaknya sibuk betul aku dalam perjuangan dan dakwah… hebat, hampir setiap hari ada kuliah dan ceramah di sana sini."Ada yang berasakan diri terlalu sibuk memberi manfaat dan berdakwah kepada orang lain, sehingga mindanya terhalang daripada berasakan ada insan lain yang jauh lebih sibuk dan berjasa daripadanya.Sedarkah kita, sejenak terdetik diri sibuk dalam dakwah, itulah detik pemusnah diri dan amal. Malah dia terlupa dek keghairahan memuji dirinya, ada ramai lagi yang lebih sibuk daripadanya dalam hal dakwah, malah lima hingga enam ceramah setiap hari.Malah, ada yang jauh lebih sibuk daripada berceramah seperti mereka yang berjuang dalam penulisan kitab selama 12 jam sehari, lalu tersebarlah ilmunya seantero dunia.Lupakah dirinya, ramai yang berjuang, namun bukan sekadar memberi ceramah tapi sampai ke tahap berusaha dan bekerja melaksanakan inti ceramah itu, sama ada dalam sebuah kerajaan negeri atau persekutuan.Sudah tentu manfaatnya lebih hebat dan besar buat umat daripada sekadar berceramah atau menulis teori semata-mata.Justeru, janganlah sumbangan kita hingga kesibukan berceramah, menulis, mengolah artikel, mesyuarat jemaah beberapa malam menjadi pemusnah amalan, sudahlah ia sedikit, malah perasaan sebegini menjadikannya semakin kurus kering di sisi Allah SWT. Inilah nasihat buat saya dan rakan pendakwah di luar sana.Rasulullah SAW mengajar kita untuk sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih daripada kita dalam hal keagamaan, manakala dalam hal dunia segeralah melihat mereka yang lebih kurang bernasib baik, dengannya kita akan sentiasa mensyukuri nikmat-Nya.Sabda Nabi bermaksud: "Dua perkara yang sesiapa dapat memperolehnya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar."Iaitu sesiapa yang melihat mengenai agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang yang kurang daripadanya sehingga dia memuji Allah atas nikmat yang diperolehnya." (Riwayat At-Tirmidzi, 4/665; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)Namun, malang bagi ramai yang mengamalkan hadis ini tetapi secara terbalik. Dalam hal dunia, sering kita dipengaruhi oleh mereka yang lebih kaya dan berharta sehingga nafsu keduniaan meningkat dan kelabu daripada segala hukum halal haram.Malangnya dalam bab akhirat pula ada yang sering melihat orang yang lebih teruk daripadanya, lalu menganggap dirinya lebih baik, seperti berkata: "ala, orang lain ada yang tidak solat langsung, aku ‘at least ‘ (sekurang-kurangnya) solat la jugak walaupun tidak penuh lima waktu."Paling alimSelain daripada itu, ada yang terdetik: "Akulah antara yang paling alim dan paling mendalam." Tidak kiralah sama ada dalam kajian hadis, fiqh, kewangan dan lain-lain.Sedangkan terleka daripada firman Allah SWT, ertinya: "…dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang lebih mengetahui." (Yusuf: 76)Ini yang menjadikan Khalifah Umar al-Khattab berkata: "Semua orang lebih faham daripada Umar al-Khattab." (Tafsir Ibn Su’ud, 6/276)Ini yang disebutkan oleh Ibn Qayyim, ertinya: "Di atas setiap orang alim itu yang Allah naikkannya dengan ilmu, ada pula mereka yang lebih mengetahui daripadanya sehingga tamat pada ilmu Allah SWT, dan yang sempurna dalam ilmu tidak lain selain Allah." (Zad Al-Masir, 4/262)Ya Allah, diminta jauh daripada penyakit sebegini di dalam hati kami. Perlu diketahui antara punca penyakit ini adalah pujian yang diperoleh daripada sesuatu amal yang dijalankan.

AMANAH DAN PERANANYA DI DALAM MENGKHIANATI AGAMA....



AMANAH berasal daripada perkataan Arab, amana, bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Dalam konteks akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang atau badan yang diamanahkan dengan melaksanakan tuntutan yang ada dalam kepercayaan itu.Amanah dengan kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oleh seseorang atau pihak yang dipercayai dapat melaksanakannya seperti dituntut tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan amanahnya itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya atau badan yang diamanahkan itu berada dalam tenteram, aman, selamat dan harmoni serta diberkati atas Allah SWT dalam urusan yang bersahamkan agama.Pecah amanah atau mengabaikan amanah yang diberikan adalah suatu kesalahan yang amat berat di sisi Islam, sehinggakan ia tidak dapat ditebus sekalipun dengan pengorbanan seseorang yang berjuang pada jalan Allah SWT.Dalam hal ini Rasulullah SAW menjelaskan kedudukan amanah dan tanggungjawab mereka yang memikul amanah itu seperti sabdanya yang bermaksud 'Menyertai perang fisabilillah akan menghapuskan segala dosa kecuali amanah. Amanah itu ada dalam solat. Amanah juga ada dalam percakapan. Maka amanah yang paling berat adalah menyimpan sesuatu yang diamanahkan.' (Riwayat Abdullah Mas'ud).Secara umumnya, terlalu banyak amanah yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan kita. Sama ada sebagai pekerja, pengurus mahupun majikan. Kita hendaklah sentiasa ingat mengingati di antara kita bahawa apa juga bentuk amanah dipikul oleh kita, nescaya akan dipersoalkan oleh Allah SWT di Padang Mahsyar nanti.Memusnahkan amanah atau tidak berlaku amanah pastinya akan mengundang musibah, bukan saja terhadap diri pelakunya, bahkan terhadap masyarakat dan negara umumnya.Mereka yang diamanahkan untuk menjadi pengurus hendaklah membuat perancangan secara lebih strategik dengan daya fikiran lateral, jelas dan misi yang jitu. Pelaksanaannya pula hendaklah secara optimistik dengan menerap nilai yang murni di atas teras akauntabiliti, kualiti dan amanah.Pengurusan kewangan yang bijaksana, cekap, fleksibel dan amanah adalah prasyarat bagi menjamin kedudukan kewangan yang kukuh. Islam mempunyai falsafah dan pendekatan sebagai garis panduan dalam melahirkan insan yang mempunyai sifat akauntabiliti, berkualiti dan amanah.Mereka yang bertanggungjawab dalam menguruskan amanah, terutama berkaitan dengan aspek kewangan jangan mengambil mudah berhubung dengan amaran Rasulullah SAW agar amanah yang diberi tidak dikhianati. Mereka yang diamanahkan mesti bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan tanpa rasa angkuh, sombong dan riak dengan perjawatan itu.Mereka juga tidak boleh semata-mata mengejar keuntungan di dunia berselindung di sebalik perjawatan dan kuasa mereka. Mereka yang mempunyai sahsiah itu mesti ingat bahawa segala urusan di dunia akan dihisab di akhirat seperti mereka menghitung keuntungan yang diperoleh di dunia melalui mainan catur kepintaran dan kecekapan mereka.Laporan, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan juga adalah amanah dan perlu diucapkan atau direkodkan secara betul tanpa dipengaruhi emosi atau kepentingan diri. Antara lain perkataan laporan hendaklah bersih dan telus. Perbuatan menyembunyikan fakta dan rekod tertentu juga pengabaian terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pengurusan dan pekerjanya.Menyembunyikan fakta sebenar bertujuan mempertahankan imej dan personaliti majikan amat dilarang kerana kadang-kalanya ia boleh 'membunuh' terutama apabila rahsia tidak dapat disembunyikan lagi.Justeru, jangan sekali-kali mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya kerana amanah adalah suruhan dan larangan bagi agama dan melanggarnya bererti mengkhianati agama. Sesungguhnya orang yang mengkhianati amanah akan dituntut oleh Allah SWT pada hari kiamat kelak, supaya memulangkan hak kepada ahlinya.Soal menjaga kewangan, terutama berkaitan pengurusannya amat diberi perhatian dalam Islam. Sejarah ada menceritakan bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz begitu sensitif terhadap perkara itu.Beliau, yakni khalifah cukup terkenal dengan sikapnya yang berhati-hati menguruskan amanah dan menjaga amanah yang diberikan. Salah satu contoh yang dapat dijadikan pengajaran ialah kisah yang diceritakan oleh Amru Bin Muhajir. Pada suatu malam, ketika beliau didatangi oleh anaknya sendiri di pejabat khalifah, Umar terlebih dulu berkata: "Adakah kamu datang untuk urusan Muslimin atau urusan keluarga?"Selepas anaknya menjawab untuk urusan keluarga, lantas Umar memadamkan lampu pejabatnya. Bila anaknya bertanya tindakannya itu, Umar menjawab: "Lampu ini adalah milik negara, sedangkan kamu datang untuk urusan keluarga". Lalu Umar pun menyalakan lampu miliknya sendiri. Inilah ketinggian amanah pada diri khalifah Umar Bin Abdul Aziz dalam menjaga dan menguruskan harta kaum Muslimin.Sebahagian daripada mereka yang diberi peluang untuk mentadbir dan mengurus amanah beranggapan bahawa mereka boleh melakukan apa saja kerana kuasa yang ada di tangan mereka. Mereka bebas bertindak, berbelanja atau bebas menentukan gaji yang berhak diterima sedangkan apa yang diperoleh tidak setimpal dengan khidmat dan kebolehupayaan dalam pengurusan, melainkan mengambil peluang daripada jawatan itu.
sumber oleh :amran zakaria

Monday, July 27, 2009

SERBA TAK KENA....

Serba tak kena jadinya,PLK rasa terpanggil untuk menjelaskan kewujudan blog ini,perlu diingatkan kepada pelawat serta ahli khusunya PLK sendiri,kewujudan blog ini bukan sebagai satu wadah rasmi PLK,tetapi ianya boleh dikatakan sekadar "BULLETIN BOARD" semata-mata,bagaimana selayaknya yang ada pada bulletin board begitu juga la seperti yang ada didalam blog ini,bezanya cuma bulletin board ini lebih maju sket jika nak dibandingkan dengan bulletin board yang terdapat disurau-surau atau dibalai raya,dengan penampilan maya ini rasanya mampu menaikan dan membantu ahli khususnya PLK kearah satu tahap golongan yang boleh dikatakan "MAJU".siapa sangga tangan yang hanya mula pandai menggerakan courser mouse pada mulanya akan teralih arah kepada satu bidang yang mungkin akan memajukan dirinya dan bangsanya melalui wadah penyampaian baru ini.Kewujudan blog ini juga boleh dikatakan sebagai satu "USLUB DAKWAH" yakni teknik berdakwah atau menyampaikan satu perkembangan dan menyampaikan maklumat dengan lebih efisyen dan seronok,ianya juga menjadi "HUB" kepada ahli bertukar-tukar pandangan dan pengalaman.Itu jer....
sekiranya ada penambahan dan cadangan dari pihak anda kami alu-alukan dan hantarkanya terus kepada psscmplk@gmail.com.

Wednesday, May 6, 2009

"MATANG SUDAH PERJUANGAN BANGSAKU"



MUKADIMAH
Sambutan Perayaan 44 Tahun PSSCM adalah satu program yang dibentuk secara khusus bagi menyatukan ahli-ahli PSSCM seluruh Malaysia. Ia merupakan program tahunan yang perlu diadakan pada setiap tahun. PSSCM adalah sebuah organisasi yang begitu signifikan dalam pembentukan budaya Melayu yang sejati. Selaras dengan hasrat kerajaan iaitu pembentukan Modal Insan, maka PSSCM berhasrat untuk merealisasikan hasrat tersebut melalui Seni Silat Cekak Malaysia sebagai budaya Melayu yang berteraskan Islam.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi mengisi program ini adalah berteraskan konsep kebudayaan. Ia dapat dilihat melalui aspek pemakaian ahli-ahli, adat-istiadat konvokesyen, pengisian program yang mana tujuannya adalah tidak lain iaitu untuk menerapkan aspek-aspek budaya Melayu dalam jiwa ahli-ahlinya.

Tahun 2008 yang lalu telah menyaksikan bahawa PSSCM telah berupaya mengendalikan Program Perayaan 42 & 43 Tahun PSSCM dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memenuhi aktiviti perayaan tersebut yang dilaksanakan sepanjang tahun. Begitu juga dengan tahun-tahun yang berikutnya. PSSCM telah berjaya mengendalikan program-program perayaan dengan bantuan dari ahli-ahli seluruh Malaysia.

Justeru, sebagai kesinambungan kejayaan tahun-tahun sudah, maka pada tahun ini, PSSCM berhasrat untuk mengadakan Sambutan Perayaan 44 Tahun PSSCM yang akan diadakan pada bulan Mei 2009.

Sambutan pada kali ini yang bertemakan Budaya Penyatu Ummah bakal disertai seramai 2000 ahli dari seluruh Malaysia. Sambutan pada kali ini akan diisi oleh empat aktiviti utama iaitu Majlis Konvokesyen, Majlis Makan Malam Perdana, Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-37 dan juga Forum Perdana Cekak dan Pelancaran Profil 10 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Malaysia Terengganu.
Menyedari betapa pentingnya peranan budaya di dalam menyatukan Ummah, maka PSSCM sekali lagi pada tahun ini ingin menganjurkan Sambutan 44 Tahun PSSCM bagi memperkenalkan budaya Seni Silat seluas-luasnya kepada masyarakat Malaysia.

-(sumber laman web rasmi http://www.silatcekak.org.my/)

new

new

PIALA JUARA-JUARA CEKAK CWG SELANGOR 2009

PIALA JUARA-JUARA CEKAK CWG SELANGOR 2009
Bersempena sambutan 25 PSSCMCS menganjurkan "Piala-juara-juara futsal cekak selangor 2009" yang akan dikelolakan oleh pusat latihan kelang,segala maklumat adalah seperti dibawah.

PENGENALAN KEPADA MASYARAKAT.

PENGENALAN KEPADA MASYARAKAT.

" are the champion of 2009 "

"  are the champion of 2009 "

PLK JUARA PIALA JEMPUTAN CEKAK 2009.

PLK JUARA PIALA JEMPUTAN CEKAK 2009.
( maklumat penuh di galeri gambar PLK )

PUSAT LATIHAN KELANG DI AKHBAR.

PUSAT LATIHAN KELANG DI AKHBAR.
kemunculannya didada akhbar mungkin memberikan sedikit suntikan dimasa hadapan bagi bersama menmbangunkan PLK diwilayahnya sendiri,bukan publisiti yang diraih akan tetapi ianya juga sebahagian pengenalan kepada masyarakat.

IRAU PEAK.

IRAU PEAK.
PUNCAK IRAU DAH DITAWAN.(lihat galleri)
ADA SATU ARTIKEL NIE KAMI MENYERU SESIAPA JER YANG MASUK BLOG NIE SUPAYA BACA,SEMENTARA IBUBAPA KITA MASIH ADA.
INSYAALLAH........
(lihat di bulletin PLK)

PLK in action....

RENUNGAN DIDALAM PENTADBIRAN..

Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab:

“Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang soleh memerintah kaum muslimin”. Sulaiman sendiri akhirnya mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga buka anaknya tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara-saudaramu tidak bersetuju dengannya”. Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintah Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat rasminya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

KONSEP BERSATU - Y.M Tuan Hj Ishak Itam.


Bismillahirrahmanirrahim ... Assalamualaikum wrt. wbt. Di dalam kesempatan ini saya ingin menyeru kepada ahli-ahli Silat Cekak di seluruh Malaysia agar memahami konsep bersatu. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Berjayanya PSSCM sehingga ke hari ini kerana kita mengamalkan konsep bersatu. Firman Allah swt di dalam Al-Quran yang bermaksud, "Berpegang teguhlah kamu sekalian dengan agama Allah dan janganlah kamu bercerai berai." Sesungguhnya Allah amat murka kepada hambanya yang tidak bersatu dan Allah akan berserta dengan golongan yang bersatu. Konsep bersatu bukan sahaja dilihat secara zahir malah apa yang lebih penting ialah penyatuan hati. Kita ahli Silat Cekak mempunyai silat yang sama iaitu Silat Cekak, bangsa yang sama iaitu bangsa Melayu dan agama yang sama iaitu agama Islam; maka kita sebenarnya mempunyai matlamat dan tujuan yang sama. Untuk mencapai matlamat dan tujuan tersebut kuncinya ialah bersatu. Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Silat Cekak di seluruh Malaysia yang sentiasa memberi sokongan bagi membangunkan lagi PSSCM. sebahagian ucapan y.m guru utama -arkib 2001/psscm.

LANGKAH PERTAMA...

Perjalanan PLK.