update

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA



( pusat latihan klang ) http://www.pusatlatihankelang.blogspot.com/



mailto:psscmplk@gmail.com



latest blog update : 01.06.2010 ( SELASA )



JAWATANKUASA (update)

ORGANISASI PENTADBIRAN PSSCMPLK 2009

KETUA PUSAT LATIHAN - SDR KHAIDZIR BIN GAZALEK.
PENYELIA - SDR ISA BIN SULAIMAN.
S/USAHA - SDR MOHD REDZA BIN SULAIMAN
BENDAHARI - SDRI ATHIKAH
PEMBANGUNAN INSAN - SDR ZUL MUTALIB

PERRSILATAN : SDR FAUZI
PEMBANGUNAN : SDR ZAINAL MAYASIN
KEAHLIAN : SDR ZAINAL MAYASIN
segala cadangan dan kritikan bolehlah diajukan terus kepada kami melalui :
psscmplk@gmail.com



RIANG RIA PLK 2009.....

Keadaan terbaru Y.M.G.U

Keadaan terbaru Y.M.G.U
- sumber : sapahabaq.blogspot.com -

USAH BERDUKA BANGSAKU.....

Betapa indahnya pepatah Melayu. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Tiada kalimah yang lebih tepat untuk menggambarkan rasa hati insan yang bakal kehilangan. Lebih memeritkan saat kehilangan itu disangka ilusi yang tiada kan pernah menjadi nyata.Namun, itulah jua hakikat hidup ini. Tiada akan pernah kekal bahagia manusia yang bahagia. Tiada akan pernah kekal sengsara manusia yang sengsara. Kekadang di atas, kekadang di bawah. Kekadang dekat, kekadang terlalu jauh amat. Dan saat itu tiada juga seorang manusiapun yang tahu akan kehadirannya. Kerna kita hanyalah manusia yang diciptakan, bukan pencipta. Kita hanya pelakon bukan pengarahnya. Biar apa sekalipun mahu si pelakon, tiada daya baginya melainkan dengan izin si pengarah. Yang pasti, walau apapun jalan ceritanya, si pelakon hanya perlu memainkan wataknya sahaja. Dan menanti akan kesudahan kisah dunia lakonannya....-BALAU (PLK)

Tuan Hj Ishak Bin Itam (guru & president psscm)

Tuan Hj Ishak Bin Itam (guru & president psscm)
Ucapan selamat dan iringan doa buat ayahnda tercinta dari kami seluruh warga psscmPLK,anaknda mendoakan kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan.

CERITA SEBENAR MENGENAI "SI AKU PENGANTI"

- KHABARAN DARI KOMANDEN (B) ROSLIZAN
- SURAT TERBUKA MEJAR (B) ANUAR AHMAD
- KISAH DARI RAKAN-RAKAN DI PLK
- KISAH 3 ABDUL (new version)

*fikir-fikirkan,bukan kekuatan yang kami tegakkan,cuma ingin mencari sedikit kebenaran*




Tuesday, November 24, 2009

BUKAN MEMINTA UNTUK MEMIMPIN.........

Pemimpin memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat dan negara. Kebijaksanaan pemimpin sebagaimana Nabi Muhammad SAW berjaya meletakkan Islam di puncak kemasyhuran.Sebab itu, Allah berfirman yang maksudnya: Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan kepada ulil amri (orang yang berkuasa) di kalangan kamu...(an-Nisaa’: 59).Namun, ketaatan yang dituntut itu bukanlah semberono sebaliknya ia perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Islam.Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Pensyarah Kanan Rancangan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Atikullah Abdullah bagi mengupas isu ini.Mega: Dalam sebuah hadis, Rasullullah bersabda, Setiap daripada kita adalah pemimpin dan akan disoal akan kepimpinan masing-masing. Apakah huraian lanjut hadis ini?DR. ATIKULLAH: Ini merupakan maksud sebuah hadis sahih yang sebenarnya lebih panjang seperti mana yang diriwayatkan dalam al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad.Menurut Imam Nawawi dalam Sharh Muslimnya, perkataan al-ra’i dalam hadis ini bermaksud pemimpin atau pemelihara yang diberikan amanah dan tegas dalam menjalankan amanahnya sebaik mungkin bagi memastikan kebaikan, keselamatan dan kesejahteraan apa yang diamanahkan kepadanya sama ada dari segi kehidupan keduniaan dan keagamaan atau keakhiratan dan lain-lain perkara yang bersangkutan dengan kedua-duanya.Dalam hadis ini, Rasulullah memperincikan lagi iaitu imam atau pemimpin itu bertanggungjawab di atas kebajikan rakyat yang dipimpinnya, seseorang lelaki itu bertanggungjawab keatas ahli keluarga yang berada di bawah tanggungannya, isteri bertanggungjawab ke atas keselamatan rumah tangga suaminya, khadam bertanggungjawab atas keselamatan harta tuannya.Ertinya, setiap dari kita yang mukalaf mempunyai tanggungjawab, kecil atau besar yang mesti dipikul sebaik mungkin dan kita akan dipersoalkan oleh Allah tentang amanah yang dipikul ini, sama ada kita menunaikannya atau tidak.Secara ringkasnya ada tiga perkara yang dapat difahami. Pertama, tanggungjawab memikul amanah sebagai pemimpin pada semua peringkat pimpinan. Kedua, kewajipan memimpin dengan baik ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat. Ketiga, tanggungjawab ini akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak sama ada telah ditunaikan dengan baik atau sebaliknya.Pada zaman para sahabat, tidak ada yang menawarkan diri untuk menjadi pemimpin. Bagaimanapun, dewasa ini terdapat semacam ‘perlumbaan’ untuk menawarkan diri sebagai pemimpin. Apakah konsep kepimpinan dalam Islam?DR. ATIKULLAH: Kepimpinan dalam Islam dikenali sebagai khilafah atau imamah manakala pemimpin pula disebut sebagai khalifah atau imam.Menurut Imam al-Mawardi dalam kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah, khalifah ini secara ringkasnya bermaksud orang yang mengganti, iaitu orang yang mengganti Rasulullah SAW sebagai pemimpin bagi menjaga, mengembangkan dan memajukan agama dan mentadbir dunia dengan hukum-hakam agama.Jadi kalau Rasulullah SAW menjalankan tugasnya sebagai pendakwah yang mengajak manusia ke arah jalan Allah, Rasulullah SAW menjalankan tugasnya sebagai pemerintah yang memerintah ke arah kebaikan dan ketakwaan dan mencegah kemungkaran dan kemaksiatan.Baginda SAW menjalankan tugasnya bagi menjamin keadilan, kesejahteraan dan keharmonian umatnya di dunia dan akhirat. Maka mana-mana khalifah, imam atau pemimpin selepas itu berkewajipan juga memikul dan menjalankan semua tugas yang telah dijalankan oleh Rasulullah SAW kerana mereka merupakan pengganti baginda dalam menjalan kewajipan-kewajipan tersebut.Sejauh mana mereka telah jalankan tugas-tugas tersebutlah yang akan ditanya oleh Allah nanti di akhirat kelak. Jadi sebab itulah para sahabat dan generasi Islam silam gerun untuk memikul tanggungjawab ini, kerana ia sangat besar. Seolah-olah memikul tugas yang telah dipikul oleh baginda Rasulullah SAW sendiri.Bagaimanapun ini tidak pula bermakna setiap orang mesti mengelakkan diri daripada tanggungjawab ini. Jika dibiarkan tampuk kepimpinan berada di tangan orang yang tidak layak untuk memikulnya, maka pelbagai kezaliman, kerosakan, kemungkaran dan kemusnahan terhadap agama dan keselamatan hidup masyarakat akan berlaku. Maka dengan itu al-Mawardi menyatakan kepimpinan ini merupakan satu fardu kifayah.Jika ia tidak dipikul oleh orang yang layak, maka semua masyarakat tersebut berdosa, dan jika telah dipikul oleh seseorang yang benar-benar layak dan mampu menunaikan amanahnya sebaik mungkin, maka semua ahli masyarakat bebas dari dosa tersebut.Dengan itu, wajib bagi individu yang layak untuk memilih (ahl al-ikhtiyar) memastikan bahawa mereka memilih dan melantik pemimpin yang berkelayakan untuk memikul amanah tersebut dan haram bagi mereka melantik seseorang yang diketahui tiada kelayakan dan keupayaan.Individu yang mempunyai keahlian atau kelayakan untuk memikul amanah kepimpinan tersebut pula wajib menerimanya apabila ia telah dilantik.Apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi seseorang untuk menjadi pemimpin?DR. ATIKULLAH: Bercakap tentang ciri-ciri pemimpin yang berkeupayaan untuk memikul amanah ini, secara umumnya ialah ia mempunyai kelayakan. Kelayakan ini pula boleh diukur dari pelbagai aspek.Menurut Ibn Taymiyyah, kelayakan ini diukur daripada segi amanah dan kekuatan. Yang pertama, kelayakan dari segi akhlak iaitu amanah. Pemimpin yang hendak dipilih dan dilantik mestilah orang yang diketahui mempunyai akhlak yang baik sama ada akhlak kepada Allah, kepada manusia dan akhlak kepada alam seluruhnya.Orang yang berakhlak baik dengan Allah akan menjalankan pemerintahannya dengan penuh amanah seperti mana yang dikehendaki oleh Allah.Jika ia menjalankan pemerintahan dengan penuh amanah seperti yang dikehendaki oleh Allah, maka hasilnya ialah kebahagiaan rakyat pimpinannya juga.Orang yang berakhlak sesama manusia akan membawa kebahagiaan dan keharmonian di dunia dan akhirat kepada rakyat di bawah pimpinannya dan orang yang berakhlak dengan alam akan membawa keseimbangan alam yang seterusnya menjamin kualiti hidup yang baik dan tinggi.Yang kedua ialah kelayakan dari segi kekuatan, sama ada kekuatan fizikal, spiritual, intelektual dan emosional. Bagaimanapun dalam era sekarang, kekuatan spiritual, intelektual dan emosional sangat penting kerana cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam sekarang lebih bersifat cabaran kerohanian dan intelektual.Maka pemimpin yang hendak dilantik mestilah bersedia menyahut cabaran-cabaran tersebut dan memastikan Islam, umat Islam dan rakyat yang dipimpinnya keluar sebagai pemenang dalam semua cabaran dan persaingan yang dihadapinya.Kedua-dua ciri ini iaitu amanah dan kekuatan ini mestilah dimiliki secara serentak. Tidak memadai pemimpin yang hanya mempunyai amanah dan akhlak yang tinggi tetapi fikirannya kurang cerdas dan kurang bijaksana. Ia mudah ditipu oleh musuh dan tidak mampu memakmurkan rakyatnya.Begitu juga tidak memadai pemimpin yang kuat fizikal dan intelektualnya serta bijaksana, tetapi tidak amanah dan tidak boleh dipercayai. Ia akan merosakkan negara dan rakyatnya dengan tangan dan kebijaksanaannya sendiri.Pemimpin yang adil dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Apakah pula hukuman yang menanti pemimpin yang korup dan khianat?DR. ATIKULLAH: Jika menjalankan pemerintahan secara adil itu wajib dan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT, maka sebaliknya menjalankan pemerintahan secara zalim, khianat dan korup itu pula adalah haram dan ditimpakan dosa oleh Allah SWT.Ini kerana seperti yang disebutkan tadi bahawa pemimpin itu merupakan satu amanah menggantikan Rasul dalam menjalankan tugas memajukan agama dan mentadbir dunia berdasarkan hukum hakam agama.Maka pemimpin yang berjaya memikul amanah ini dengan baik, maka kedudukannya sangat tinggi di sisi Allah dan ganjarannya sangat besar.Ini kerana ia telah berusaha kuat sehingga berjaya memikul beban amanah yang sangat berat. Ganjaran pahala Allah diberikan mengikut amalan hamba-Nya. Firman Allah yang bermaksud: Dan tiada (habuan) bagi manusia itu melainkan apa yang ia usahakan. (al-Najm: 39).Besarnya ganjaran pemimpin yang memimpin dengan adil dan amanah ini dapat dilihat dalam sebuah hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW menyebutkan antara tujuh golongan yang mendapat teduhan dan naungan dari Allah pada hari yang tiada naungan nanti ialah pemimpin yang adil.Ini merupakan satu pengiktirafan yang tinggi dan ganjaran yang besar kerana berjaya memikul tugas dan amanah yang amat berat.Sebaliknya, jika ia mengkhianati amanah ini dengan bersikap zalim, korup, khianat, pilih kasih dan sebagainya maka dosa dan balasan yang dipikulkannya juga amat besar dan pedih. Sikap khianat, korup, pilih kasih dan sebagainya ini sebahagiannya berpunca dari tanggapan yang salah tentang konsep kepimpinan itu sendiri.Sebahagian pemimpin kelihatan seolah-olah menganggap bahawa kepimpinan yang diperolehinya itu merupakan satu anugerah kepadanya yang diberikan Allah hasil kerja keras dan kebijaksanaannya sendiri. Dengan itu ia boleh membuat apa sahaja dengan anugerah tersebut.Walhal kepimpinan itu merupakan satu amanah dan ujian dari Allah. Ramai orang yang mampu menghadapi ujian kemiskinan dan kekalahan tetapi lupa diri dan hilang panduan apabila diuji dengan kekayaan dan kemenangan.Apakah konsep adil yang perlu ada di kalangan pemimpin dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia?DR. ATIKULLAH: Adil seperti yang diketahui bererti meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Adil dalam pemerintahan bererti memerintah mengikut kehendak dan ketentuan Allah berdasarkan petunjuk wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah.Ini kerana wahyu Allah itu tempatnya sebagai petunjuk. Maka menjadikan wahyu sebagai petunjuk dan panduan dalam pemerintahan bererti meletakan sesuatu kena pada tempatnya, dan inilah keadilan.Berlaku adil kepada masyarakat bukan Islam merupakan satu peruntukan yang diberikan oleh al-Quran kepada pemerintah Islam seperti firman-Nya yang bermaksud: Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak menghalau kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (al-Mumtahanah: CoolDalam sebuah negara berbilang kaum seperti di negara ini perlaksanaan konsep adil itu mestilah dijelmakan dalam pelbagai bentuk dan cara. Ini kerana adil seperti yang telah seringkali disebutkan bahawa ia bermaksud meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Setiap rakyat mestilah dijamin hak mereka yang sepatutnya mereka terima tanpa mengira bangsa dan agama selagi mereka kekal taat dan tidak mengkhianati negara.AdilMemberikan hak kepada mereka dalam perkara-perkara yang menjadi hak mereka adalah kena pada tempatnya dan ia merupakan sesuatu yang adil. Ini ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam Perlembagaan Madinah atau Sahifah Madinah yang dirangka oleh baginda bagi mengatur bentuk hubungan antara masyarakat Islam Madinah dengan golongan bukan Islam sekitar Madinah.Selagi mereka membayar cukai dan menunaikan kewajipan sebagai rakyat dan warga negara, maka hak-hak kewarganegaraan yang sepatutnya diperolehi oleh mereka perlu ditunaikan, seperti hak bantuan kemiskinan, pendidikan, jaminan keselamatan, kebebasan beragama dan berbudaya, kebebasan bekerja dan mencari nafkah, tempat tinggal dan lain-lain.Diriwayatkan dalam Abu Dawud dan al-Bayhaqi bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "sesiapa yang menganiayai atau mengurangkan hak atau membebankan sesuatu bebanan di luar batasan kemampuan atau mengambil sesuatu dari orang bukan Islam yang mempunyai perjanjian taat setia, maka aku menjadi hujah atas dirinya pada hari kiamat".Ini bermakna layanan kepada rakyat dalam sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, tidak boleh dilakukan berasaskan perbezaan warna kulit, bahasa maupun agama, tetapi ia mestilah berasaskan hak dan tanggungjawab.Selagi seseorang menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat yang taat dan tidak mengkhianati, maka kerajaan mestilah menunaikan hak yang menjadi haknya dan begitu juga, selagi kerajaan menunaikan tanggungjawabnya memerintah secara adil, saksama dan telus maka rakyat mestilah menunaikan hak kepada kerajaan iaitu mentaatinya. Begitu juga sebaliknya.Tugas amar makruf nahyu munkar itu tugas semua Muslim. Tetapi ia lebih mudah jika ia bermula dari pemimpin. Namun, adakalanya di pihak pemimpin yang tidak mahu mencegah kemungkaran. Bagaimana membetulkan situasi ini?DR. ATIKULLAH: Salah satu dari tugas manusia khususnya seseorang Islam ialah menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran dan sebagai pemimpin ia berkewajipan memerintah kearah kebaikan dan menghalang kemungkaran.Ini dapat difahami dari banyak hadis dan ayat-ayat yang sering dibacakan. Selain dari ahli masyarakat, tugas dan kewajipan ini lebih berkesan jika dilakukan oleh pemerintah sendiri dengan kerjasama dan sokongan ahli masyarakat. Sebabnya, pemerintah mempunyai segala prasarana dan jentera ke arah melaksanakan tugas ini secara sepadu dan menyeluruh sama ada melalui sistem perundangan, kehakiman, sistem pendidikan, sistem penerangan, media massa dan sebagainya.Selain itu, pemimpin juga sering dilihat dan dicontohi oleh ahli-ahli masyarakat khususnya anak-anak remaja. Sedangkan golongan ulama, pendakwah dan ahli-ahli masyarakat biasa sekadar hanya mempunyai suara memperingatkan dan melarang sesuatu munkar atau menyeru sesuatu yang baik.Maka keberkesanannya mungkin kurang dan tidak merata. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "manusia itu mengikut agama raja atau pemimpin mereka". Ertinya jika baik pemimpin maka besar kemungkinan rakyatnya juga lambat laun akan bergerak menjadi baik, begitulah sebaliknya.Hakikat ini disokong oleh kata-kata Saidina Uthman ibn ‘Affan yang bermaksud: "Allah SWT akan mengubah dengan kuasa sultan apa yang Allah tidak ubah dengan al-Quran".Diriwayatkan juga bahawa Fudhail Ibn ‘Iyad pernah menyatakan, "jika ada bagi aku satu doa yang mustajab, nescaya aku akan berdoa bagi sultan (supaya ia mendapat hidayat dan memerintah dengan baik) kerana seseorang pemimpin yang baik itu akan membawa kabaikan kepada banyak orang yang lain pula".Dalam konteks budaya masyarakat Melayu, riwayat-riwayat tersebut sangat tepat kerana orang Melayu dikenali taat kepada pemimpin dan mudah mengikut apabila sesuatu itu ditunjukkan kepada mereka berulang kali.Umpamanya apabila Parameswara menerima Islam, maka semua pembesar dan rakyat Melaka pada waktu itu turut menerima Islam. Sebaliknya jika pemimpin seringkali menonjolkan budaya dan akhlak yang tidak baik, lambat laun masyarakat bawahan juga akan terikut-ikut dengan amalan buruk tersebut.Oleh itu, pemimpin yang bertanggungjawab dan amanah mesti menjalankan amanahnya dalam menjalan tugas amar makruf dan nahi munkar ini. Jika ia tidak menjalankan amanah ini maka kebajikan masyarakatnya dari segi akhlak dan kehidupan beragama terancam dan merbahaya.Jika pemimpin membenarkan masyarakat pimpinannya berada dalam bahaya dan ancaman, bererti dia telah mengkhianati amanahnya. Masyarakat tidak boleh meredai suasana bahaya dan ancaman akhlak dan akidah menimpa mereka.Dalam masyarakat yang mengamalkan system demokrasi rakyat mestilah menjalankan kewajipan mereka memastikan pemimpin yang dilantik benar-benar mampu memikul amanah ini supaya kebajikan dan kepentingan masyarakat dunia dan akhirat terpelihara. Jika ia tidak mampu maka ia mesti digantikan dengan orang lain. Jika tidak, seluruh rakyat hidup dalam keadaan berdosa.
- Utusan Malaysia

No comments:

new

new

PIALA JUARA-JUARA CEKAK CWG SELANGOR 2009

PIALA JUARA-JUARA CEKAK CWG SELANGOR 2009
Bersempena sambutan 25 PSSCMCS menganjurkan "Piala-juara-juara futsal cekak selangor 2009" yang akan dikelolakan oleh pusat latihan kelang,segala maklumat adalah seperti dibawah.

PENGENALAN KEPADA MASYARAKAT.

PENGENALAN KEPADA MASYARAKAT.

" are the champion of 2009 "

"  are the champion of 2009 "

PLK JUARA PIALA JEMPUTAN CEKAK 2009.

PLK JUARA PIALA JEMPUTAN CEKAK 2009.
( maklumat penuh di galeri gambar PLK )

PUSAT LATIHAN KELANG DI AKHBAR.

PUSAT LATIHAN KELANG DI AKHBAR.
kemunculannya didada akhbar mungkin memberikan sedikit suntikan dimasa hadapan bagi bersama menmbangunkan PLK diwilayahnya sendiri,bukan publisiti yang diraih akan tetapi ianya juga sebahagian pengenalan kepada masyarakat.

IRAU PEAK.

IRAU PEAK.
PUNCAK IRAU DAH DITAWAN.(lihat galleri)
ADA SATU ARTIKEL NIE KAMI MENYERU SESIAPA JER YANG MASUK BLOG NIE SUPAYA BACA,SEMENTARA IBUBAPA KITA MASIH ADA.
INSYAALLAH........
(lihat di bulletin PLK)

PLK in action....

RENUNGAN DIDALAM PENTADBIRAN..

Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab:

“Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang soleh memerintah kaum muslimin”. Sulaiman sendiri akhirnya mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga buka anaknya tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara-saudaramu tidak bersetuju dengannya”. Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintah Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat rasminya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

KONSEP BERSATU - Y.M Tuan Hj Ishak Itam.


Bismillahirrahmanirrahim ... Assalamualaikum wrt. wbt. Di dalam kesempatan ini saya ingin menyeru kepada ahli-ahli Silat Cekak di seluruh Malaysia agar memahami konsep bersatu. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Berjayanya PSSCM sehingga ke hari ini kerana kita mengamalkan konsep bersatu. Firman Allah swt di dalam Al-Quran yang bermaksud, "Berpegang teguhlah kamu sekalian dengan agama Allah dan janganlah kamu bercerai berai." Sesungguhnya Allah amat murka kepada hambanya yang tidak bersatu dan Allah akan berserta dengan golongan yang bersatu. Konsep bersatu bukan sahaja dilihat secara zahir malah apa yang lebih penting ialah penyatuan hati. Kita ahli Silat Cekak mempunyai silat yang sama iaitu Silat Cekak, bangsa yang sama iaitu bangsa Melayu dan agama yang sama iaitu agama Islam; maka kita sebenarnya mempunyai matlamat dan tujuan yang sama. Untuk mencapai matlamat dan tujuan tersebut kuncinya ialah bersatu. Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Silat Cekak di seluruh Malaysia yang sentiasa memberi sokongan bagi membangunkan lagi PSSCM. sebahagian ucapan y.m guru utama -arkib 2001/psscm.

LANGKAH PERTAMA...

Perjalanan PLK.