CERITA SEBENAR MENGENAI "SI AKU PENGANTI"

Semasa zaman pemerintahan Amirul Mukminin Saidina Umar Al Faruq, beliau pernah meminta pandangan dan nasihat dari kalangan para sahabat tentang pemerintahan beliau. Seorang sahabat bangkit dan berkata “ wahai Amirul Mukminin ingatlah bahawasanya jawatan dan pangkat yang disandang oleh mu adalah satu bentuk UJIAN dari ALLAH SWT”. “Dan ketahuilah oleh mu bahawa sekiranya tersesatnya seekor kambing di bumi arab ini ma

ka kamu yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan tuhan kelak”.Apabila Amirul Mukminin Umar Al-Faruq mendengar nasihat daripada sahabat tersebut lalu beliau menjadi takut dan menangis teresak-esak memikirkan besarnya tanggungjawab yang akan dipikul dan digalas di mahkamah Allah kelak.………………

P/S : waktu dan tika itu mereka amat gentar dan amat takut pabila dilantik sebagai pemimpin apakan daya tanggungjawab perlu dilunaskan dan anggapan jihad dan jaminan syurga oleh kekasihnya direct disampaikan,akan tapi berbeda pada tika dan waktu kini yang keadaannya bertukar sebaliknya,ramai manusia semakin gila dan bangga dgn nya,ingatlah ,kepimpinan yang sengaja di jahanamkan maka dia menempah neraka allah s.w.t pengik

ut yang tahu asal kempimpinan dan hanya memekakkan kebatilan itu tanpa menyuarakan juga adalah sebahagian penempah neraka allah.ya allah kau selamatkan la keturunan ku dari tipu helah firaun dan dajjal dunia ini amin.Dengan kata lain jugalah disini penulis boleh mengatakan dan rasanya tidak keterlaluan mengatakan bahawa keakraban pemimpin dengan neraka allah sgt akrab akan tetapi tidak lupa juga hubungan nya dengan syurga allah yang juga terbentang luas jalanya menuju kesana bagi mereka yang benar dan bersungguh
"BERNAFAS DIDALAM JIWA HAMBA"
ADA SATU ARTIKEL NIE KAMI MENYERU SESIAPA JER YANG MASUK BLOG NIE SUPAYA BACA,SEMENTARA IBUBAPA KITA MASIH ADA.
INSYAALLAH........
(lihat di bulletin PLK)
RENUNGAN DIDALAM PENTADBIRAN..
Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab:
“Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang soleh memerintah kaum muslimin”. Sulaiman sendiri akhirnya mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga buka anaknya tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara-saudaramu tidak bersetuju dengannya”. Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintah Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat rasminya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
KONSEP BERSATU - Y.M Tuan Hj Ishak Itam.
Bismillahirrahmanirrahim ... Assalamualaikum wrt. wbt. Di dalam kesempatan ini saya ingin menyeru kepada ahli-ahli Silat Cekak di seluruh Malaysia agar memahami konsep bersatu. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Berjayanya PSSCM sehingga ke hari ini kerana kita mengamalkan konsep bersatu. Firman Allah swt di dalam Al-Quran yang bermaksud, "Berpegang teguhlah kamu sekalian dengan agama Allah dan janganlah kamu bercerai berai." Sesungguhnya Allah amat murka kepada hambanya yang tidak bersatu dan Allah akan berserta dengan golongan yang bersatu. Konsep bersatu bukan sahaja dilihat secara zahir malah apa yang lebih penting ialah penyatuan hati. Kita ahli Silat Cekak mempunyai silat yang sama iaitu Silat Cekak, bangsa yang sama iaitu bangsa Melayu dan agama yang sama iaitu agama Islam; maka kita sebenarnya mempunyai matlamat dan tujuan yang sama. Untuk mencapai matlamat dan tujuan tersebut kuncinya ialah bersatu. Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Silat Cekak di seluruh Malaysia yang sentiasa memberi sokongan bagi membangunkan lagi PSSCM. sebahagian ucapan y.m guru utama -arkib 2001/psscm.
No comments:
Post a Comment